Tuesday, November 7, 2028:

Tanah Beris Film Production Sdn Bhd

MAKLUMAT SYARIKAT
Tanah Beris Film Production Sdn Bhd (TBP) merupakan sebuah Syarikat perniagaan yang memberikan tumpuan utama kepada aktiviti produksi penerbitan program-program televisyen untuk stesen kerajaan dan swasta.Seiring langkah memperkukuhkan lagi perniagaan akan berterusan, TBP pada waktu yang sama akan mencari peluang-peluang yang ada di agensi kerajaan, swasta dan individu lain seperti penerbitan video koporat dan sebagainya. Asas kemuncak sebagai sebuah syarikat penerbitan visual, matlamat jangka panjang berhasrat untuk menerbitkan filemnya sendiri setelah berpengalaman menimba ilmu penerbitan.

TBP juga begitu aktif dalam pengurusan acara membabitkan pelbagai agensi sama ada kerajaan atau swasta. Kesimpulannya biarpun syarikat ini baru ditubuhkan namun dengan keyakinan yang ada dan melihat kepada perkembangan industri produksi negara tiada yang mustahil untuk menemui kejayaan.

VISI, MISI & FALSAFAH
Dalam pasaran industri penyiaran dan filem semakin global dan mencabar, kami merancang meningkatkan tahap kualiti memenuhi standard operasi pengamal filem bertaraf dunia. Hal ini bagi membolehkan pasaran kami bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah luar Negara. Untuk itu kami merancang memaksimakan aktiviti pengeluaran produk secara lebih `advanced` melalui pemasaran terancang dan peningkatan tekonologi dari semasa ke semasa. Bagi memastikan produktiviti seiring dengan kualiti, perancangan yang teliti, kreatif, dan inovatif menjadi landasan dalam mencapai kejayaan berwibawa dan bertanggungjawab dalam setiap penghasilan karya-karya dengan mengambil kira kepentingan pelanggan dan negara keseluruhannya. Menghasilkan kualiti produk yang terkini tanpa mengabai dan menghormati setiap fahaman serta pegangan semua kaum. Bekerja sebagai satu pasukan dan berkomunikasi secara telus dalam semua peringkat kerja serta menjaga nama industri sebaik mungkin demi maruah penggiat seni sendiri

1 comment:

Azlan Shah said...

salam,
ada kah anda sekarang ini memerlukan pekerja?
jika ya, saya ingin memohon pekerjaan....
i will send my resume if the company is really hiring....
thank you....

Post a Comment