Tuesday, November 7, 2028:

Shuhaimi Lua







Sebelum terlibat dalam bidang seni tanah air beliau terlibat dalam dunia korporat sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi dan CEO KUB Malaysia Berhad , YBhg Datuk Hassan Harun. Seterusnya menjawat jawatan sebagai Pengurus Pemasaran A&W Malaysia Sdn Bhd selama 3 tahun. Selepas itu, beliau secara langsung terlibat dalam penerbitan drama TV di Malaysia antaranya sebagai pelakon, pengurus produksi, penulis skrip seterusnya sebagai
pengarah.

Antara drama dan filem yang beliau diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Produksi iaitu Telemovie Aidilfitri di Bulan Syaaban, Telemovie Kerana Seringgit, 13 episod Nek Nak, Telemovie Korban Sufi, 13 episod sitcom Otai, Rumi dan Juli & Filem Suaka.

Bidang penulisan tidak asing bagi beliau apabila terpilih menjadi Pengkritik Teater dalam ruangan Sastera dan Budaya di Berita Harian di bawah kelolaan pada masa itu Sutung Umar RS. Beliau mencurahkan tenganya untuk Hadiah Untuk Mu Biah ( Drama radio), Pelamin Kelabu Ana ( Drama Radio), Jejak di Pulau Mutiara ( Games Show,RTM), Dua Insan ( 13 episod, RTM), KUB Malaysia Berhad (Video Korporat), Ittar Sdn Bhd, Karich Sdn Bhd ( Corporat Video), Kelantan Dalam Kegelongsoran ( Documentari), Telemovie Raja Tomyam, dan Ratu Suntik ( 13 episod ).

Bakatnya terserlah dalam dunia pengarahan apabila terlibat pengarahan video korporat seperti Kelantan Dalam Kegelonsoran, KUB Malaysia Berhad, A&W Malaysia, ITTAR. Semangat beliau untuk mengarah bertambah kuat apabila banyak menyertai bengkel penerbitan anjuran FINAS & Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dibawah naungan En Ahmad Ibrahim atau Matt Landon. Di antara Bengkel yang pernah disertai Tradisi dan Estetika Dokumentari, Bengkel Pengarahan, Bengkel Kamera dari sudut pengarah, Bengkel Pengurusan dan Teknologi Filem, Bengkel Penerbitan Majalah TV, Bengkel Kefahaman Penulisan Skrip, Bengkel Understanding Of Sound, Bengkel Effective TV Production (MCP), Bengkel Penerbitan Filem Pendek Finas dan Master Class Screenwriting (Advanced).

Bermula dari situlah, beliau mengarah beberapa video klip penyanyi baru dan tempatan antaranya Aesar Mustafa, penyanyi veteran, Short Filem bertajuk CHUKANG, dokumentari Hubungan Malaysia dengan China, beberapa promo (PSA) untuk siaran televisyen. Beliau merancang menerbit, menulis dan mengarah beberapa telemovie, drama, dokumentari dan insyallah akan mengarah beberapa buah filem pada tahun 2011 nanti.

No comments:

Post a Comment